Masihkah anda ingat dengan gosip hangat yang mendakwa Erma Fatima akan memfailkan penceraian dengan suaminya Bade Azmi?
Artikel terdahulu:
Semua cerita itu timbul gara-gara Bade kahwin lain dengan Aida Abdul, pada Mac lalu.
Namun ketiia ditanya media mengenai isu tersebut, Erma yang ditemui selepas pementasan teater Bahayanya Wanita di Istana Budaya Ahad lalu, menafikan akan berlakunya perpisahan.
"Saya masih isteri kepadanya. Kehidupan saya seperti biasa. Seperti saya tekankan sebelum ini, kehidupan Bade dan wanita itu tak ada kena mengena dengan saya. Jadi tiada isu yang perlu dibangkitkan lagi.
"Saat ini hanya Tuhan saja yang menentukan segala-galanya. Saya akan cuba bertahan selagi terdaya. Tapi andai Tuhan sudah tentukan kami tidak bersama, bermakna Bade bukan untuk saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment