11 August 2014

SIAPA KATA SAYA FAIL CERAI? - ERMA FATIMA



Gara-gara sebuah laporan akhbar mingguan yang mendakwa Erma Fatima bakal memfailkan cerai terhadap suaminya iaitu Badaruddin Azmi, Erma akhirnya tampil menjelaskan bahawa ia tidak benar sama sekali dan menyifatkan dakwaan itu sebagai karut.

Artikel terdahulu:

"Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu?

Bade dan Aida - Klik untuk imej besar




"Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar," ujar erma dipetik sebagai berkata kepada media semalam.

Apa yang memelikkan Erma, akhbar tersebut turut melaporkan bahawa dia sedang mencari peguam untuk menguruskan permohonan perceraiannya itu.



"Saya juga tidak mengetahui siapakah dalang disebalik penyebaran gosip tersebut.

"Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata," jelasnya yang enggan melayan gosip berkenaan.

Bade & Aida (tengah) di hari perkahwinan mereka


Difahamkan melalui laporan tersebut, teman rapatnya yang mendedahkan rahsia itu dengan mendakwa tindakan Erma berikutan tekanan hidup bermadu dengan Aida Abdullah yang dikahwini Bade pada Mac lalu, selain wanita berkenaan kini hamil.

Untuk rekod, Erma dan Bade telah berkahwin pada 30 November 1990 (selama 24 tahun) dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun.

Ketiadaan anak sendiri didakwa menjadi punca Bade berkahwin lagi.




         ________________________




No comments: