09 August 2014

MASIH TAK BUAT KIMOTERAPI - ENOT RAWAT KANSER CARA ALTERNATIF



Meskipun kanser ususnya sudah sampai ketahap dua, namun Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 36, hingga kini masih tetap berkeras tidak mahu melakukan rawatan kimoterapi dan radioterapi.

Sebaliknya bagi melawan penyakit kansernya itu, dia lebih selesa membuat rawatan menggunakan kaedah alternatif. Biarpun mendapat tentangan pihak doktor namun dia yakin jika dia meneruskan amalan perubatan alternatif dan mengambil suplemen secara teratur penyakitnya akan pulih.





"Saya sudah mencuba rawatan di hospital dan kini saya mahu cuba rawatan alternatif pula. Alhamdulillah ia menunjukkan hasil positif," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Enot turut memberitahu sejak penderitaannya itu didedahkan oleh media, dia kini kembali mendapat banyak tawaran berlakon.

"Sebelum ini sudah dua tahun saya tidak mendapat tawaran dan tertanya-tanya juga mengapa situasi itu berlaku tetapi ia berubah selepas berita mengenai penyakit saya disiarkan media.

Anak-anak Enot yang makin membesar
Klik gambar untuk size besar


"Alhamdulillah, jadual saya padat dengan beberapa projek sejak Ramadan lalu dan ini adalah rezeki untuk anak-anak.

"Saya tidak mahu menjadikan kanser sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa dan saya akan tidak akan mempersia-siakan kepercayaan produksi yang mengambil saya berlakon biarpun mereka tahu keadaan saya," tambahnya.


         ________________________




No comments: