08 August 2014

GARA-GARA DISAMUN 4 PEROMPAK - EJA MASIH TRAUMA, SUSAH TIDUR



Akibat dirompak empat penyamun menggunakan parang baru-baru ini, Siti Shahrizah atau Eja mengalami trauma hingga sukar untuk tidur. Kejadian samun itu berlaku di hadapan kediaman Noryn Aziz malam Rabu lalu selepas menghadiri majlis baby shower artis terbabit.

"Alhamdullah, baru semalam saya dapat tidur dan merehatkan diri kerana terus terang saya masih trauma dengan kejadian itu.





"Bayangkan, perompak itu telah menghalakan parang ke muka saya dan menjerit supaya memberikan beg tangan saya dan kawan-kawan saya yang lain.

"Eishal yang turut terbabit dengan kejadian itu juga telah mengalami demam panas pada malam kejadian. Apatah lagi ini kali kedua dalam hidup saya yang pernah terbabit dengan kejadian rompakan seperti ini," ujar Eja dipetik sebagai berkata.

Majlis baby shower Noryn Aziz


Difahamkan, Eja dan dua lagi rakannya kerugian sejunmlah RM20,000 selepas tas tangannya yang mengandungi beberapa barangan berharga, wang ringgit termasuk dua telefon bimbit dan juga iPad dilarikan perompak.

"Bagi saya, mengapa mereka begitu tergamak membuat perkara ini kepada kami terutama sekali kanak-kanak kecil.

"Apatah lagi sekarang ini adalah bulan Syawal dan yang melakukannya itu adalah masyarakat daripada bangsa kita juga. Saya sangat sedih," tambahnya yang sudah membuat laporan polis.

Noryn - tunggu masa untuk bersalin



         ________________________




No comments: