26 August 2014

TIADA JODOH - KAMAL ADLI & INTAN LADYANA PUTUS CINTA



Gelaran 'loving couple' terhadap dua sejoli iaitu Kamal Adli dan intan Ladyana akhirnya sampai kepenghujung apabila mereka berdua putus cinta. Hubungan yang mereka bina sejak enam tahun lalu kini hancur berkecai.

Difahamkan, keputusan 'berpisah' itu diambil oleh mereka atas persetujuan bersama pada akhir Ramadan lalu. Bak kata orang... jodoh pertemuan, rezeki dan ajal maut merupakan ketetapan Allah SWT.

"Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.





"Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama," jelas Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32.

Intan berkata demikian ketika ditemui media semalam semasa sidang akhbar Anugerah Lawak Warna di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Tambahnya, meskipun hubungan mereka berdua sudah berakhir, namun mereka tetap menjadi sahabat baik.



"Kalau diikutkan, saya kini berasa lega setelah berterus terang mengenai hubungan kami. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan," ujarnya yang tidak keberatan sekiranya digandingkan bersama Kamal dalam kerjaya lakonan.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan penjelasan Kamal, 28, tidak kesampaian apabila Kamal enggan memberi komen mengenai perkara tersebut. Mohon aktor itu, dia meminta semua pihak supaya memberi ruang kepada mereka berdua.

"Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu.

"Berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham,” ujarnya yang agak terkejut dengan pendedahan Intan mengenai kisah putus cinta mereka yang selama ini dirahsiakan.


         ________________________




No comments: