26 August 2014

DIJANGKITI VIRUS KENCING TIKUS - SUAMI YASMIN HANI TERSELAMAT



Terselamat daripada penyakit yang dipercayai boleh membawa maut!

Demikian berita terbaru yang disampaikan oleh suami Yasmin Hani iaitu Sha'arin yang baru-baru ini dijangkiti virus kencing tikus. Namun setelah mendapatkan rawatan, doktor akhirnya telah mengesahkan yang dia kini beransur pulih dan dibenarkan keluar hospital.

"Sebenarnya Sha’arin baru saja keluar dari hospital Rabu lepas dan Alhamdulillah doktor telah mengesahkan keadaannya kini beransur pulih, bagaimanapun perlu konsisten dengan ubat-ubatan yang diberikan.

Klik gambar untuk size besar




"Saya agak terkejut kerana balik ke rumah saja saya lihat dia mengigil tak tentu arah dan suhu badannya meningkat. Saya terus membawanya ke hospital," kata Yasmin yang pada awalnya mendapati Sha'arin deman panas setelah suhu badannya itu meningkat sebelum membawanya ke Hospital Prince Court.

Menjawab soalan lain, Yasmin bagaimanapun tidak pasti bagaimana Sha’arin boleh terkena virus itu. Dia sekeluarga kini mengambil langkah berhati-hati terhadap makanan dan minuman yang mahu diambil.



Sementara itu, Sha’arin yang ditemui media di gymnasium Celebrity Fitness melahirkan rasa syukur kerana kembali sihat. Dalam hal ini, dia sedar bahawa virus berkenaan dipercayai boleh membawa maut sekiranya tidak dikenal pasti dan dirawat lebih awal.

"Syukur Alhamdulillah saya terselamat kerana bertindak dengan cepat. Sekarang saya tak sabar untuk menjalani senaman di gimnasium seperti sedia kala," ujarnya dipetik sebagai berkata.




         ________________________




No comments: