28 August 2014

BERIKUTAN MADU ERMA FATIMA HAMIL - BADE TERUJA NAK TIMANG ANAK



Badaruddin Hj. Azmi (Bade) mengaku yang dia teruja bila mengetahui isteri keduanya Aida Abdullah, hamil baru-baru ini. Tambahnya, dia bersyukur dan gembira.

"Saya tentunya teruja tapi saya releks saja. Lagipun lama lagi tempo untuk menantikan kelahiran tersebut. Anak-anak saya pun teruja bila dapat tahu mereka bakal dapat adik baru.





"Anak lelaki atau perempuan saya tak kisah. Saya dan isteri pun tak sibuk-sibuk nak buat scan. Kami terima apa saja pemberian Allah. Apa yang penting ibu dan bayi sihat", ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas mengenai desas desus isteri pertamanya Erma Fatima memfailkan cerai, Bade enggan mengulas panjang.



"Bagi saya dan Erma, kami ni dah season (orang lama). Kami sudah masak dengan gosip dan khabar angin sebegini. Erma memang sifatnya suka bercakap, ada kalanya dia suka bergurau dan provok. Saya pula, banyak hati yang perlu saya jaga. Bukan senang nak jaga hati semua orang. Jadi saya memilih untuk berdiam. Sebelum ini pun saya hanya buat satu kenyataan saja iaitu pengakuan yang memang saya berkahwin lagi", jelasnya.

Untuk info, Erma baru-baru ini didakwa memfailkan cerai terhadap suaminya. Rahsia tersebut didedahkan oleh teman rapat Erma sendiri yang mendakwa tindakan Erma itu berikutan tekanan hidup bermadu dengan Aida.

Namun Erma beru-baru ini menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai karut.

"Saya akui tertekan juga bila timbul cerita (gosip cerai) begini. Tapi releks saja lah dan tekanan itu saya simpan sendiri. Kalau ada yang kata saya kahwin lagi satu kerana nakkan anak, itu orang yang cakap bukan saya. Apa yang orang nak cakap, saya tak boleh nak halang.

"Tapi, jangan lah dengar cakap orang atau pun apa-apa gosip. Saya masih lagi suami dia (Erma). Saya masih tetap jalankan tanggungawab saya", tegasnya sambil mengatakan kedua-dua isterinya itu sudah saling bertemu dan berkenalan.

Bahkan anak-anak mereka juga sudah dipertemukan dengan Aida.

"Erma dah jumpa Aida. Anak-anak juga sudah jumpa. Cuma mereka belum betul-betul dapat bermesra lagi antara satu sama lain sebab belum dapat betul-betul meluangkan lebih masa kerana masing-masing sibuk dengan kerja," kata Bade bersungguh.


         ________________________




No comments: