29 August 2014

BANGLO KENA SERBU JAIS - SIAPA PERANGKAP RAMLI MS & ALYAH?



Macamlah buat kesalahan serius atau Jual Dadah!

Demikian komen konduktor muzik terkenal Datuk Ramli MS berikutan rumahnya diserbu oleh sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pagi semalam.

Semuanya gara-gara Ramli MS atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh merahsiakan pernikahannya dengan penyanyi Alyah yang berlangsung di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.

Klik gambar untuk size besar




"Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," ujarnya yang tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian.

Untuk makluman, kontroversi tercetus apabila perkahwinan Ramli MS dengan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, dirahsiakan kepada peminat dan media. Namun rahsia tersebut akhirnya terbongkar apabila Jais membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.




Menurut Jais, kedua-dua mereka memberi kerjasama baik kepada anggota penguatkuasa. Mereka juga berjaya meyakinkan bahawa mereka memang telah bernikah di Batam, Indonesia.

"Pasangan berkenaan akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak kami pada Selasa ini untuk penelitian," kata Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad melalui portalnya.

Bagaimanapun, serbuan Jais di sebuah banglo mewah bagi menyiasat status hubungan Ramli dengan Alyah menimbulkan tanda tanya ramai pihak. Mungkinkah mereka berdua telah diperangkap oleh seseorang yang membuat laporan untuk mengetahui status hubungan mereka?

Ini kerana, serbuan tersebut turut melibatkan sebuah pengamal media yang dipercayai mengikuti pegawai terbabit.



Dalam pada itu, Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan amat serius.

"Kamu semua ingat... macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi... hahaha."

"Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan.

"Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah," ujarnya dipetik sebagai berkata.


         ________________________




No comments: