29 August 2014

TIDAK BERTUDUNG - PEMINAT SHARIFAH AINI KECEWA DENGAN TV3



Jika anda masih ingat... sebelum biduanita negara Allahyarham Datuk Sharifah Aini menghembuskan nafas terakhirnya, Allahyarham pernah ditemuramah oleh Prof Dr Muhaya di sebuah rancangan di TV9. Beliau jelas memohon jasa baik agar gambarnya sebelum berhijrah tidak dipaparkan dalam mana-mana media.

Namun pada 25 Ogos 2014 lalu, TV3 telah menyiarkan kisah Allahyarham menerusi program Majalah 3. Dokumentari tersebut memang amat menarik kerana ia menyiarkan kisah perjalanan hidup Allahyarham dari mula ketika beliau menceburi industri hiburan.





Namun apa yang membuat peminat Allahyarham kecewa, dokumentari tersebut telah menyiarkan gambar Allahyarham ketika tidak menutup aurat. Komen mereka, ketika hidupnya, Allahyarham Sharifah Aini telah meminta pihak media agar tidak menggunakan gambarnya sebelum bertudung.

Susulan itu, peminat Sharifah Aini meluahkan rasa kecewa terhadap sikap tidak sensitif  TV3. Mereka telah meluahkan perasaan tersebut melalui beberapa laman sosial.

Ayuh kita lihat komen mereka itu:

Klik gambar untuk baca





Video permintaan Allahyarham



         ________________________




No comments: