30 August 2014

GAMBAR MENARIK - KEMESRAAN ALYAH & RAMLI MS SEBAGAI SUAMI ISTERI



Umum semua sudah tahu bagaimana perkahwinan rahsia antara Datuk Ramli MS dan Alyah kelmarin bocor gara-gara serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di rumah banglo mereka. Bagaimanapun, hingga kini, baik Ramli MS mahupun Alyah, masing-masing mengambil pendirian berdiam diri mengenai kisah perkahwinan mereka itu.

Namun terkini, Alyah telah memuat naik foto bersama suaminya sebagai gambar profil di aplikasi WhatsApp. Aktiviti terbaru itu seolah membayangkan bahawa penyanyi itu memang selesa berkongsi kisah mengenai rumah tangganya.

Klik gambar untuk size besar




Cuma mungkin masalahnya ialah... Ramli MS sahaja yang masih malu dan enggan berkongsi kebahagiaan tersebut bersama peminat.

Untuk rekod, Ramli MS kelmarin telah mengaku di hadapan pegawai Jais bahawa dia dan Alyah telah bernikah pada tahun lalu di Batam, Indonesia. Dokumen asal perkahwinan mereka akan diserah dan diteliti oleh pegawai Jais selasa ini.




         ________________________




No comments: