01 September 2014

HANTARAN KERETA CHEVROLET CAMARO - EINA AZMAN & KAISER GURMEET SINGH KINI SAH SUAMI ISTERI



Akhirnya, impian yang dinanti selama ini menjadi nyata. Pelakon Ainur Syakina, 19 atau lebih dikenali sebagai Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh selamat bernikah berwalikan bapa Eina sendiri, iaitu Azman Abdullah.

Mereka berdua nampak berbeza dengan mengenakan pakaian tema Bollywood.

Imam Masjid KLCC, Kuala Lumpur, Ustaz Zulkapili Abdul Mutalib telah menikahkan mereka pada ketika negara sedang menyambut Merdeka.

Klik gambar untuk size besar




Selepas nikah, jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terdekat kemudiannya telah diraikan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Untuk info, pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 770 dan wang hantaran sebanyak RM77,000.



Antara hantaran paling istimewa untuk Eina adalah sebuah kereta berjenama Chevrolet Camaro.

Tahniah diucapkan!










         ________________________




No comments: