08 August 2014

DEMI TUGAS - ALLY ISKANDAR TINGGALKAN ISTERI HENDAK BERSALIN



"Tema raya kami tahun ni, 'Tak excited sangat raya, lagi excited nak dapat baby'. Jadilah takde baju raya," kata Farah Lee yang kini bila-bila masa sahaja bakal melahirkan anak sulungnya.

Untuk info, Farah Lee telahpun dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor, semalam.

Gara-gara Farah yang menunggu masa, tumpuan suaminya Ally Iskandar sedikit terganggu kerana terpaksa meninggalkan Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli. Demi tuntutan tugas, semuanya harus diharungi jua dengan hati yang berat.

Klik gambar untuk size besar




"Sebelum bertugas saya menghantar isteri ke hospital terlebih dahulu kerana dia dijangka akan bersalin pada bila-bila masa kerana dia sepatutnya melahirkan anak pertama kami pada 30 Julai lalu.

"Tumpuan saya untuk mengacarakan majlis (The Secret To A Smile, di Cathay Cineplex) ini terganggu kerana memikirkan keadaan isteri di hospital dan akan bergegas ke sana selepas selesai acara ini," ujar Ally dipetik sebagai berkata. 



Tambah Ally, dia sememangnya amat teruja bakal bergelar bapa selepas tiga tahun mendirikan rumahtangga.

"Saya berharap kehadiran cahaya mata itu nanti akan menyerikan lagi rumah tangga yang kami bina," katanya.

Untuk rekod, Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari 2012 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Perkahwinan mereka telah mendapat liputan meluas media dan disiarkan secara langsung oleh TV3.










         ________________________




No comments: