08 August 2014

SAIFUL NIZAM 'TV3' & AIDA 'GADIS MELAYU' TIMANG ANAK LELAKI



"Alhamdulillah - aidaeirdeena awal2 lagi dah ajak 'adik' ~ tenok ( tengok ) mickeymouse.. !!! @snizam5 #babyboy #3.10kg #6+8=14 .. Thnks atas doa kalian," demikian kata Aida 'Gadis Melayu' sejurus selepas melahirkan anak keduanya kelmarin.

Suami Aida yang juga penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail bersyukur kerana isteri dan bayinya berada dalam keadaan selamat dan sihat. Anak kedua mereka adalah anak lelaki dan dilahirkan seberat 3.10 kilo.

Klik gambar untuk size besar




"Aida dimasukkan ke wad semalam selepas mengadu sakit mahu bersalin. Saya di sisi Aida di dalam bilik bersalin sehinggalah dia melahirkan anak kedua kami secara pembedahan.

"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Tuhan. Kami berdua sememangnya ternanti-nanti kehadiran cahaya mata kedua ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Dengan kelahiran bayi terbaru itu, mereka kini sudah mempunyai sepasang anak (lelaki dan perempuan).

Anak perempuan mereka sebelum ini bernama Aida Eirdeena yang kini sudahpun berusia tiga tahun.

Tahniah diucapkan!






         ________________________




No comments: