08 August 2014

'SAYA CINTAI GURMET BUKAN KERANA PANGKAT' - EINA AZMAN



Pelik tapi benar!

Jika pasangan lain hendak berkahwin, mereka selalunya diberi ucapan tahniah dan iringan doa agar selamat melayari bahtera perkahwinan. Tetapi bagi Eina Azman, keputusannya untuk berkahwin dengan kekasih berketurunan Sikh iaitu Datuk Paduka Gurmet Singh menjadi hangat dan bertukar kontroversi pula.

Dia bukan sahaja didakwa mahu mengahwini lelaki itu kerana gelaran pangkat, malah timbul juga tuduhan yang dia gilakan harta.

Untuk mengetahui perasaannya dengan lebih mendalam, jom kita ikuti temubual dengan media ini:






Media: "Tahniah atas berita perkahwinan Eina. Bagaimanakah anda boleh mengenali Gurmet?"

EINA: "Saya mula mengenali Gurmet sejak beberapa tahun lalu. Dia merupakan kawan kepada abang saya. Namun, sejak bulan Oktober tahun lalu, kami bertambah rapat dan hubungan sebagai sekadar kawan telah bertukar menjadi sayang."

Media: "Apakah keistimewaan Gurmet sehingga membuatkan anda jatuh hati terhadapnya?"



EINA: "Dia merupakan seorang jejaka yang baik dan sangat menghormati keluarga saya. Dia juga pandai menjaga hati ibu dan bapa saya. Selain itu, dia gemar memenuhi kehendak saya walaupun kadangkala permintaan itu agak keterlaluan."

Media: "Apakah permintaan tersebut?"

EINA: "Jika saya teringin makan asam pedas, dia sanggup membawa saya ke Melaka. Baru-baru ini, saya melihat Emma Maembong melancong ke Universal Studio, Singapura. Saya pun menyatakan hasrat ingin ke sana. Tanpa bertangguh, kami terus terbang ke sana pada hari yang sama."

"EINA mengakui Gurmet gemar memenuhi permintaannya walaupun ia kadangkala keterlaluan."



Media: "Bagaimanakah penerimaan kaum keluarga terhadap Gurmet yang bukan beragama Islam?"

EINA: "Alhamdulillah, keluarga saya sangat memahami. Lagipun, dia banyak belajar mengenai cara hidup orang Melayu dan agama Islam menerusi kawan-kawannya. Dia juga turut mengikut beraya bersama ke rumah saudara-mara saya baru-baru ini."

Media: "Gurmet kini bergelar Datuk Paduka. Adakah anda tidak gusar mengenai persepsi orang di luar sana mendakwa anda mahu mengahwininya kerana pangkatnya?"

EINA: "Sejujurnya, saya mengenali Gurmet sebelum dia menerima gelaran Datuk Paduka lagi. Saya mencintai dan menyayangi dirinya bukan disebabkan pangkat. Saya memilih dia kerana dirinya sendiri. Justeru, saya rasa isu seperti ini tidak perlu timbul."


         ________________________




No comments: