14 August 2014

GAMBAR BAJU TULISAN LUCAH - JOE FLIZZOW DAKWA DIANIAYA



"Saya hadir sebuah acara fesyen dan seorang pereka fesyen memberi sehelai baju T dengan tulisan 'Jantan' untuk tujuan promosi, saya rasa ia cool dan cantik.

"Apabila saya pakai ada dua orang individu lain yang pakai baju T dengan label yang sama ingin bergambar. Selepas bergambar baru saya sedar tulisan pada baju mereka agak lucah," demikian dakwa penyanyi rap Joe Flizzow mengenai kecuaiannya bergambar dengan dua indivdiu yang memakai baju T bertulisan lucah.

Klik gambar untuk size besar




Disebabkan 'keramahannya bergambar' itu, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, telah mendapat cemuhan ramai di laman sosial. Semuanya gara-gara dia hadir ke sebuah majlis dan di datangi seorang pereka fesyen yang memintanya memakai baju bertulisan ‘Jantan’ kononnya bagi tujuan promosi.

Namun tanpa disangka, mucul pula dua individu di sebelah kiri dan kanannya dengan alasan mahu bergambar sebagai peminat. Bagaimanapun, apabila Joe menyedari kedua-dua mereka memakai baju bertulisan lucah berkaitan alat sulit lelaki, dia memberi amaran agar gambar tersebut tidak disebarkan.



"Saya sudah memberi amaran kepada mereka agar tidak memuat naik gambar tersebut bagi mengelakkan kontroversi," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Selepas gambar tersebut tersebar saya dapat banyak respons negatif terutamanya pengguna laman sosial.

"Ramai yang menuduh baju tersebut merupakan baju yang saya jual. Sebenarnya saya hanya ada baju bertulisan Havoc sahaja.

"Mereka juga mengugut untuk memboikot kedai saya, namun Alhamdulillah sehingga kini perniagaan saya tidak terjejas," jelasnya yang mengakui tertekan dengan kejadian itu sehingga terfikir untuk menenangkan fikiran di luar negara.

Lebih teruk, ada juga segelintir pihak yang mengancam untuk memboikot albumnya kerana dianggap sebagai melampaui batas. 

"Saya sudah minta maaf kepada semua secara terbuka di laman Twitter tentang gambar tersebut.

"Pada awalnya saya agak tertekan hingga terfikir untuk ‘lari’ sekejap, namun ibu saya menghalang dan meminta saya bersabar," ujarnya kesal dengan kejadian yang mencalarkan nama baik dan reputasinya yang selama ini bersih.

Klik gambar untuk size besar



         ________________________




No comments: