13 August 2014

AL-FATIHAH - PELAWAK MAIDIN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Meninggal ketika solat!

Begitulah keadaan pelawak veteran Maidin Ibrahim, 76, yang kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 2 petang tadi. Beliau disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung di rumahnya di Pokok Tai, Gurun Kedah.

"Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat kira-kira pukul 2 petang tadi," kata menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, pada media.





Tambah Mohd. Saiful, isteri Allahyarham iaitu Hadira Ibrahim, 60, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham yang telah rebah. Allahyarham kemudian disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan jantung.

Jenazah Allahyarham Maidin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pokok Tai, Kedah selepas solat Isyak.

Untuk info, Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun.

Klik gambar untuk size besar



         ________________________




No comments: