13 August 2014

GARA-GARA GAMBAR, ISTERI JOHAN RAJA LAWAK KENA TEGUR



"Lepas solat isyak semalam.. 3 bradik doa sama2.. abg long n abg ngah doa mcm2 permintaan.. tp adik doa mcm2 bahasa.. mama aminkan dr belakang," demikian caption Ozlyn Wati, isteri Johan Raja Lawak melalui IGnya.

Namun entah kenapa, gambar yang dimuat naiknya itu menjadi isu hangat pada segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakan tersebut. Meskipun ramai pengikut yang mempertahankannya, namun Ozlyn dilihat tampil memberi penerangan mengenai gambar tersebut.

Klik gambar untuk size besar




"byk cara nk tegor dik bkn atas penerimaan org.. bdk kecik yg beberapa thn pun kalau mak bapak marah dpn org pun dorg malu.. lbh baik pvt msg kan nmpk lbh baik cara ko tuh.. korg dtg umah org dgn x bg salam bagai tetibe meroyan.. x elok la mcm tu kan.. baik tgk duk diam2.. x suka ko xyah follow hati ko pun x sakit dosa ko pun x bertambah," nasihat Ozlyn pada yang menegur.

Pada Ozlyn, bersabar lah ya. Anggap ia sebagai satu cabaran dalam hidup kerana bukan semua pihak sependapat dengan kita.


         ________________________




No comments: