13 August 2014

KENA TAHAN POLIS - ALONG EYZENDY MENGAKU KUNJUNGI KELAB MALAM



Gara-gara berada dikelab malam bagi menemai seorang rakan untuk mencari lokasi penggambaran, pelakon Along Eyzendy, 35, telah ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas, Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Operasi polis di sebuah premis hiburan di Jalan P. Ramlee yang diadakan pada 20 April lalu itu bagaimanapun tidak mendapati Along terbabit dalam aktiviti sosial termasuk dadah. Dia akhirnya telah dilepaskan oleh pihak berkuasa selepas mendapati ujian air kencingnya adalah negatif.





"Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.

"Bila berlaku serbuan pada malam itu, saya turut ditahan bersama pengunjung kelab malam yang lain dan sampel air kencing kami diambil bagi memastikan sama ada terdapat atau tidak dadah dalam badan. Alhamdulillah saya lepas dengan dua ujian yang dilakukan," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.



Untuk makluman, selain Along... turut ditahan bersamanya adalah sekumpulan 20 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial.

"Saya baca di blog-blog yang menulis berita tentang itu, ada yang menambah-nambah hingga mendakwa saya terlibat dengan gejala tidak bermoral itu. Saya bukan kaki kelab malam, saya hanya pergi atas urusan tertentu sahaja.

"Saya tidak mahu komen kerana saya tidak mahu orang cakap tentang perkara ini, lagi pula ia tidak ada sebarang kes pun terhadap saya," katanya yang mengakui ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keluarganya di kampung.

"Keluarga mana yang tidak marah jika perkara tersebut terjadi kepada ahli keluarga mereka. Saya sudah beritahu apa yang berlaku pada malam itu.

"Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya dan lumrah kehidupan sebagai artis yang mudah terdedah dengan berita negatif," tambahnya.


         ________________________




No comments: