12 August 2014

JACLYN VICTOR SELAMAT KAHWINI BINTANG R&B DI PHILADELPHIA USA



Teka-teki mengenai rahsia besar (kejutan) yang bakal didedahkan oleh penyanyi Jaclyn Victor, 37, akhirnya terjawab. Jaclyn kini sah menjadi isteri kepada Shawn Rivera, 40, anggota kumpulan R&B dari Amerika Syarikat, Az Yet.

Artikel terdahulu:

Untuk info, pemuda tersebut berasal dari Puerto Rico dan menetap di Amerika Syarikat dan mereka berkenalan pada Januari tahun lalu semasa terlibat dalam program muzik.

Klik gambar untuk size besar




Difahamkan, perkahwinan yang berlangsung secara rahsia daripada media itu telah berlangsung di sebuah gereja di Philadelphia, Amerika Syarikat. Majlis itu diadakan pada 17 Julai lalu dan ia hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, menurut Jaclyn, dia tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinannya itu. Berita tersebut tidak diberitahu pada media sebelum ini kerana menghormati perminataan keluarga yang tidak mahu ia dihebohkannya.

Terdahulu sebelum Jaclyn berkahwin, dia telah pergi ke Los Angeles dari 5 hingga 13 Julai lalu dalam rangka mempromosikan single terbaharunya berjudul 'Remedy' dan berpeluang bekerjasama dengan penerbit album The Black Eyes Peas.

Tahniah diucapkan pada Jaclyn!









Artis Malaysia pertama berjabat tangan dengan Obama?



VIDEO : Jaclyn & suaminya ketika berduet utk OST filem Ribbit



         ________________________




No comments: