06 August 2014

GAMBAR - DAH BESAR RUPANYA ANAK MAS IDAYU



Siapa sangka dalam kemeriahan Mas Idayu bergelek danggut, dia sebenarnya sudah mempunyai anak dara berusia 16 tahun bernama Nur Dayini Asyiqah.

"Kalau nak tahu wajah saya masa dulu macam Dayini sebab wajahnya banyak ikut wajah saya. Mungkin sikapnya sahaja tidak sama seperti mak dia yang tegas ni," ujarnya dipetik sebagai berkata.





"Sejak dulu kami hanya tinggal berdua. Dia memang tidak ada kawan, kalau ada pun kawan-kawan di sekolah sahaja. Mana nak ada kawan, saya memang kawal dia. Lagipun kalau di rumah, dia lebih suka mengadap komputer atau menonton televisyen.

"Setiap hari saya akan hantar dan ambil dia di sekolah. Pernah dulu, saya bagi dia naik bas sekolah tetapi kasihan pula sebab sampai rumah lambat tapi kena keluar awal. Jadi sejak itulah saya yang bertanggungjawab menjadi pemandu untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah," tambah dua beranak ini yang menetap di Shah Alam, Selangor.



Mengenai sekolah anaknya yang begitu jauh daripada rumah, kata Mas Idayu, sebelum ini mereka menetap di Bukit Antarabangsa, jadi tidak ada masalah jarak ke sekolah. Cuma dia terus mengekalkan anaknya di sekolah di tengah ibu kota itu kerana pada tahun hadapan anaknya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kalau nak pindah sekolah pun, sudah pertengahan tahun. Saya kasihan pada dia, kalau tukar sekolah baharu takut Dayini tidak dapat sesuaikan dengan persekitaran baharu pula.

"Jadi setakat ini biarlah saya berkorban untuk anak dengan menjadi pemandu setiap hari. Andai kata saya bertugas di luar daerah, dia akan tinggal dengan papanya di Damansara dan papanya akan hantar dia ke sekolah," katanya.

Untuk info, anak Mas Idayu kini sedang belajar piano dan dia juga berbakat dalam bidang nyanyian.

"Saya memang sengaja hantar dia belajar bermain piano sebab subjek itu membantunya untuk berfikir pantas dalam mata pelajaran Matematik. Dia memang boleh menyanyi dan selalunya kalau ada apa-apa acara kesenian, cikgu akan pilihnya.

"Apapun setakat ini, saya mahu dia beri tumpuan pada pelajaran dulu. Saya tidak halang dan tidak menggalakkan. Biar dia buat keputusan sendiri. Kalau betul dia nak nyanyi, saya akan beri tunjuk ajar seperti mana saya mengajar budak-budak lain," jelasnya.


         ________________________




No comments: