03 August 2014

'KEKASIH' MOHON MAAF - AMY SEARCH RESTUI CINTA NABILA HUDA



Air dicincang takkan putus! Mungkin itulah pepatah yang paling sesuai buat dua beranak iaitu Amy Search dan Nabila Huda yang sebelum ini bertikam lidah gara-gara isu teman lelaki dan agama.

Artikel terdahulu:

Ini kerana, Amy akhirnya merestui hubungan Nabila dengan kekasih barunya itu meskipun pernah rasa terluka akibat gambar kurang senonoh yang terpapar di Instagram Nabila tidak lama dahulu.

Klik gambar untuk size besar




Sifat bertanggungjawab lelaki tersebut yang tampil memohon maaf secara 'gentleman' pada Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, telah membuat hubungan mereka jadi jernih seperti sediakala.

"Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya.

"Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam.



"Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih," ujar Amy dipetik sebagai berkata.

"Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat," tambah penyanyi itu.




         ________________________




No comments: