27 August 2014

KES NUSYUZ - EZANY TERUSKAN PERMOHONAN DI MAHKAMAH SYARIAH



Ezany Nizariff, 41, meneruskan permohonan nusyuz iaitu perintah kembali taat terhadap isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 32. Permohonan tersebut dinyatakannya di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Selangor.

Antara alasan Ezany ialah isterinya bertindak keluar dari rumah kelamin mereka di Sri Kembangan, Selangor pada 17 Julai 2014.





Hakim Mohd Nurulazhar kemudian menetapkan 3 September ini bagi sebutan kes nusyuz terbabit. Selain itu, ia juga akan berjalan serentak dengan permohonan cerai cara baik yang dibuat Lizda Nuryanti.

Untuk info, Ezany sebelum ini tidak bersetuju terhadap permohonan cerai secara baik dibuat isterinya awal bulan ini kerana pelakon itu telah mengemukakan permohonan nusyuz terhadap Lizda Nuryanti pada 22 Julai lalu.



Permohonan nusyuz tersebut dibuatnya mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Selain nusyuz, Ezany juga telah memfailkan permohonan hadanah iaitu penjagaan kekal ke atas kedua-dua anak mereka.

Sebagai rekod, Ezany berkahwin dengan Lizda Nuryanti pada 1 Julai 2007 dan dikurniakan dua anak.


         ________________________




No comments: