11 August 2014

TAHNIAH - ADAM AF DAN FIZA AKHIRNYA RUJUK SEMULA



Rasanya ramai yang tidak mengetahui bahawa Adam AF2 dan Fiza Elite telah rujuk semula pada 19 Ramadan lepas. Malah mereka juga dilaporkan telah ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam, Selangor pada jam 11 baru-baru ini untuk pendaftaran rujuk semula perkahwinan mereka itu.

Difahamkan, mereka rujuk semula kerana cinta yang masih mendalan antara satu sama lain. Bahkan mereka berdua juga menganggap apa yang telah berlaku dalam rumah tangga mereka sebagai ujian dan takdir Allah.




“Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka & masih terus berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadan yang berkat. Saya harap semua orang doakan yang terbaik,” ujar Adam dipetik sebagai berkata.

Adam turut menambah yang beliau dan Fiza banyak muhasabah diri dan mengkaji kesilapan diri masing masing dan berusaha untuk memperbaikinya.

Fiza pula berkata yang beliau impikan untuk mengerjakan umrah bersama Adam selain harapan untuk segera menimang cahayamata dengan suaminya itu.
 
“Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. InsyaAllah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang menjadi lebih baik lagi,” kata Fiza pula.

Untuk info, mereka awalnya telah bernikah pada 26 September 2013 dan bercerai pada 28 April 2014. Bagaimanapun, takdir Allah mengatasi segala-galanya apabila mereka rujuk semula. Alhamdulillah!







         ________________________




No comments: