15 September 2014

ALIF SATAR DAN SHA DILA KINI SAH SUAMI ISTERI



Alif Satar akhirnya sah bergelar suami kepada Sha Dila Halid dengan hanya sekali lafaz. Mereka berdua bernikah kira-kira jam 11. 40 pagi dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Bilik Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Bapa pengantin perempuan, Halid Mohamad telah menjadi wali sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood.

Klik gambar untuk size besar




Alif menyerahkan wang hantaran berjumlah RM19,000, mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran. Manakala, isterinya pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Untuk info, antara selebriti yang hadir ke majlis pernikahan tersebut ialah Datuk Siti Nurhaliza dan suami.

Tahniah diucapkan!














         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...