04 September 2014

BAKAL DILAMAR - ADIRA DAPAT RESTU KELUARGA SHAHRUL



Sikap peramah dan pandai menyesuaikan diri Siti Adira Suhaimi, 23, (Adira) telah membuat keluarga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 28, menyenangi penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF8) itu.

"Alhamdulillah, itu membuatkan ibu saya cukup senang dengannya. Malah keluarga saya sangat menyayangi dia. Selain itu saya juga sudah bertemu keluarganya di Sabah.





"Adira bukan sahaja peramah tetapi dia pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya," ujar Shahrul dipetik sebagai berkata

Tambahnya, Adira baru-baru ini sudah pun bertemu dengan keluarganya. Sehubungan itu, dia kini sudah bersedia untuk melamar Adira sebagai isteri. Namun masa yang tepat masih belum dapat ditentukan lagi kerana masing-masing terlalu sibuk.

"Saya rasa bila dah kahwin, kita perlu fokus pada keluarga pula dan kerja berada di tempat kedua.



"Jadi mana-mana kerja yang membabitkan masa saya sepenuhnya, saya utamakan dahulu. Saya tak mahu terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga pula," ujarnya kemungkinan merancang akan menamatkan zaman bujang dalam masa dua atau tiga tahun lagi.

Untuk info, Shahrul ditemui media pada majlis pelancaran kempen Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur, semalam.


         ________________________




No comments: