04 September 2014

ISU TIPU & LARIKAN WANG LAN KRISTAL - AMY 'GRAND' MENGAKU SALAH



Dunia hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan luahan hati Lan Kristal terhadap bekas vokalis Kumpulan Grand iaitu Amy yang juga merupakan pengurus acara kerana didakwa melarikan wang persembahan ribuan ringgit miliknya.

Dakwa Lan, semuanya bermula apabila dia dijemput menjayakan acara karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor pada 24 Ogos lalu yang turut dikendalikan oleh Amy.

Sehubungan itu, Lan telah menuntut agar Amy memulangkan wangnya segera jika tidak mahu kes tersebut di bawa ke mahkamah.

Mengambil serius kata-kata dan amaran Lan itu, akhirnya Amy tampil di laman sosialnya semalam mengaku kesalahan tersebut dan berjanji untuk menjelaskan semua hutang-hutangnya.





"Dengan rendah diri saya ingin memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan saya di FB, kenalan dan saudara-mara. Terutama sekali ahli keluarga saya, sekiranya tanpa sengaja saya telah mendatangkan kesan buruk terhadap kamu semua.

"Dengan nama Allah saya tidak menafikan bahawa saya ada membuat kesalahan tetapi tidak berniat menipu, kerana sebab musabab yang tidak dapat saya jelaskan," ujar Amy atau nama sebenarnya Zuraimi Remeng.

Klik gambar untuk baca dan size besar


Bagaimanapun, Amy meluahkan rasa terhina dengan apa yang telah berlaku kerana pendedahan berkenaan mengaibkannya, menutup periuk nasi serta merosakkan hubungan kekeluargaan.

Malah katanya, ia juga memberi kesan kepada isteri dan anak-anaknya yang turut menerima tempias berkenaan.



"Saya harap kepada yang tidak berkenaan tu janganlah menambah minyak di dalam api, kerana ia belum berlaku pada diri kamu.

"Walau apa pun saya manusia biasa dan akan laksanakan tanggungjawab saya sebagai manusia untuk membayar semula hutang piutang itu selagi ada nafas ini tetapi berilah saya masa," jelas Amy melalui FBnya.



Namun begitu, Lan dalam satu mesej WhatsApp yang dikirimkan kepada media semalam menyatakan yang dia tidak lagi mempercayai kata-kata individu terbabit yang dakwanya gemar menggunakan ayat-ayat manis untuk memperdayakan orang.

"Saya akan selesaikan perkara ini mengikut lunas undang-undang. Saya sudah menyampah dengan kata-katanya. Sebelum tahu pasal dia kaki penipu, bolehlah terima kata-katanya tetapi bila dah kena, sorry la," ujar Lan dipetik sebagai berkata.


         ________________________




No comments: