Masihkah anda ingat dengan gosip manja Aby Abadi dengan ustaz Khairul Azli yang 'dikenenkan' oleh rakan baiknya Azza?
Meskipun ada video yang memaparkan mereka bergurau tentang jodoh, namun Abby tetap menafikan yang ustaz itu sebagai kekasih barunya. Katanya, lelaki itu hanya sekadar kawan lama yang dia kenal.
Namun apa yang menarik, Khairul Azli sebenarnya mengajar anak-anak Abby Abadi dan dirinya mengaji Al-Quran. Perkenalan mereka kini sudah menjangkau usia 4 tahun.
"Janganlah cakap macam-macam, sebagai wanita saya malu dan tak manislah. Dia bukan kekasih baru, tapi kawan dah lama kenal. Saya tak boleh nak komen apa-apa lagi mengenai status kami.
"Dia bukan kekasih baru seperti yang ramai sudah salah sangka. Kami dah kenal empat tahun sebenarnya. Dia yang mengajar anak-anak dan saya mengaji sebelum ini sebab itu kami panggil dia ustaz.
"Hakikatnya kami bukan kawan biasa tapi memang baik. Cuma janganlah tanya lebih lanjut sebab tak manis saya nak cakap mengenai soal hubungan. Semuanya masih samar ketika ini.
"Memanglah kalau orang tengok video itu orang akan cakap macam-macam tapi buat masa ini biarlah saya berdiam diri dulu. Saya pun tak mengharapkan apa-apa yang lebih sebab kami memang berkawan pun selama ini.
Klik gambar untuk size besar
"Kalau ada apa-apa yang lebih serius atau jodoh kami, tentu saya akan beritahu nanti," ujar Abby malu-malu.
Takpa la Abby... tak nak cerita sekarang pun no problem. Bak kata orang, malu tu tandanya mahu. Heh.
IMBASAN VIDEO
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment