10 September 2014

MENGAKU KEGUGURAN - PUTERI SARAH IMPI ANAK KEMBAR PULA



Tiada rezeki!

Demikianlah perihalnya mengenai Puteri Sarah Liyana, isteri kepada Syamsul Yusof yang mengaku mengalami keguguran pada Ramadan lalu.

"Bukan rezeki saya. Insya-Allah saya dan suami akan terus berusaha melahirkan zuriat sendiri. Saya nak minta semua yang baca cerita ini terus mendoakan saya dan suami. Saya tak rasa sedih dengan ujian ini dan saya percaya ada golongan isteri di luar sana yang melalui fasa yang sama.

Ketika berdoa di Mekah - klik untuk gambar besar




"Ibu saya sendiri pernah melalui fasa yang sama. Katanya lagi, keguguran ini satu proses untuk menguatkan rahim kita. Suami saya sendiri cukup menyokong dan percaya akan ada rezeki kami lagi pada masa mendatang untuk mendapatkan anak.

"Keguguran ini sebagai petanda saya boleh mengandung. Insya-Allah kalau ada rezeki lagi mengandung lepas ini, siapa tahu saya boleh dapat anak kembar pula. Lagipun dalam sejarah ibu dan bapa saya, ada kembar yang dilahirkan," ujarnya yang reda dengan ujian daripada Allah SWT.

Idam anak kembar pula selepas keguguran


Untuk rekod, kelmarin genaplah enam bulan Sarah berkahwin dengan Syamsul. Pasangan ini bernikah 8 Mac lalu di Masjid Sri Damansara, Petaling.

"Sekarang saya sibuk bekerja di butik, dia (Syamsul) pula tengah sibuk di lokasi penggambaran super tele Lagenda Long Piah yang diarahkan adiknya, Syafiq Yusof. Kesibukan ini jadi alasan yang kami sebenarnya boleh berdikari.

Syamsul & Sarah - 6 bulan nikah


"Kami dapat berjumpa pun kadang-kadang pada hujung minggu. Dia sekarang menjalani penggambaran super tele itu untuk 20 hari dan saya pula bekerja dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Kami tak melihat ini sebagai ruang kosong tetapi untuk masing-masing tahu tanggungjawab.

"Saya pun sekarang tinggal di rumah keluarganya di Melawati. Jadi tak rasa sunyi pun. Kadang-kadang ada kesempatan saya balik rumah keluarga di Damansara," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Harapan kita, semoga Sarah tabah menghadapi ujian ini.

         ________________________




No comments: