09 September 2014

PENYINGKIRAN SAYA DARI AF2014 HANYA GIMIK - JIHAN MUSE



Penyingkiran pelawak dan pengacara Jihan Muse sebagai pengacara utama di konsert Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) pada malam ahad lalu adalah hanya satu gimik. Ia diakui sendiri oleh Jihan kerana dia sememangnya sengaja kelihatan seperti terkejut.

"Sebenarnya itu salah satu gimik sahaja dan saya sengaja kelihatan terkejut dengan penyingkiran itu. Sedangkan, saya sudah pun sedia maklum tugas saya sebagai pengacara kosert AF2014 hanya untuk malam itu sahaja.





"Saya gembira kerana gimik itu menjadi dan ramai yang tidak menyangkanya. Sedangkan komitmen utama saya di AF 2014 adalah untuk mengendalikan episode Diari AF2014 sahaja.

"Lagipun memang konsep Akademi Fantasia yang sentiapa mahu memberikan kejutan setiap minggu," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Untuk info, pada malam Ahad lalu, AF 2014 membuat kejutan apabila mengeluarkan 4 bagasi yang membuat penonton menyangka 4 orang pelajar akan tersingkir pada malam itu.

Bagaimanapun, ia sebenarnya hanya gimik semata-mata apabila Faizal Ismail muncul dan kemudian Zizan mengumumkan nama Jihan yang akan tersingkir pada malam itu.

"Saya gembira dan teruja apabila diberi peluang mengacarakan acara pada malam itu namun tak dinafikan buat pertama kalinya saya rasa agak gugup namun aianya masih terkawal," kata Jihan mengenai pengalaman pertama kali mengacarakan konsert AF2014.


         ________________________




No comments: