09 September 2014

DEMAM DENGGI - SHAHEIZY SAM MASIH BELUM STABIL



Umum pastinya sudah tahu bagaimana pelakon Shaheizy Sam baru-baru ini mengalami penyakit semam denggi. Dia telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri sejak 4 September lalu apabila penyakitnya itu kian teruk.

Namun berita terkini yang media terima, ibunya, Khaty Fauziah berkata, keadaan anaknya itu masih belum stabil.





Shaheizy kini agak kurang selera makan dan minum. Cuma semalam, dia ada sedikit ceria dengan meminta makanan itu dan ini.

"Hari ini dia mula demam balik dan aras platelet turun balik. Sebagai ibu saya amat bimbang dengan keadaannya sekarang.



"Selama ini dia anak yang sangat bekerja kuat tanpa mengira masa dan tenaga. Bila dia jatuh sakit, baru nampak pengorbanannya selama ini. Saya akan tetap bersamanya sampai sihat," ujar Khaty Fauziah dipetik sebagai berkata.

Doa kita, moga Shaheizy Sam cepat sembuh hendaknya. Amin.


         ________________________


         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...