26 September 2014

SAKIT ANGIN AHMAR - DATUK JAMIL SULONG KEMBALI KE RAHMATULLAH



Akibat penyakit angin ahmar yang dihidapi oleh pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di rumah anaknya di Bukit Utama Damansara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.35 malam semalam.

Menurut anak Allahyarham, Dr Anwardi Jamil, sebelum ini Allahyarham pernah dirawat kira-kira sebulan di hospital.

Jenazah Allahyarham dijadualkan akan dibumikan di Tanah perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang selepas solat Jumaat.

Tinggal kenangan - klik gambar untuk size besar




Untuk makluman, Allahyarham adalah pengarah filem Melayu kedua terbanyak mengarah filem selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Filem-filem arahannya seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.



Selain itu, karya arahan Allahyarham juga banyak merangkul anugerah bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa.

Allahyarham juga turut terlibat menghasilkan gurindam selain menulis dan mencipta lagu-lagu untuk P.Ramlee termasuk Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah.

Kenangan Allahyarham bersama Maria Menado (2012)


Hasil perkahwinan Allahyarham dengan Datin Rosnani Jamil, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Al-Fatehah!



   _______________________________________

Beriklan dengan kami di laman hiburan
berbahasa melayu pertama di Malaysia.
Tempat adalah terhad!!
KLIK DI SINI UNTUK INFO


         ________________________




No comments: