26 September 2014

NIKAH TANPA KEBENARAN - AERIL ZAFREL DIDENDA RM1,000, WAWA ZAINAL RM800



Akibat nikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai menurut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor, pelakon Aeril Zafrel, 26, didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Selangor semalam atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran.

Pelakon tersebut telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Sementara isterinya, pelakon Wawa Zainal, 22, yang turut mengaku bersalah bersubahat atas kesalahan sama didenda RM800 atau penjara sekiranya gagal membayar denda.





Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 134 (subahat) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Kedua-dua pasangan itu diwakili Peguam Syarie, Mohd Aizan Md Idrus manakala pertuduhan dibuat Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmat Khairi.



Menurut pertuduhan, Aeril dan Wawa melakukan pernikahan tanpa kebenaran pada 25 Februari 2012 di sebuah rumah beralamat 2, Lorong 7A, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya kira-kira pukul 8 malam.

Sementara itu, bapa angkat Aeril, Wahap Raub yang turut dituduh bersubahat dalam kes berkenaan turut dikenakan denda sama seperti Wawa.

Dua lagi tertuduh iaitu bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong yang bertindak sebagai wali dan Salim Asari tidak menghadirkan diri kerana berada di Sabah.

Namun begitu, Aeril dan Wawa bernikah buat kali kedua dengan kebenaran pada 4 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia 15 bulan.


Sumber: mStar




   _______________________________________

Beriklan dengan kami di laman hiburan
berbahasa melayu pertama di Malaysia.
Tempat adalah terhad!!
KLIK DI SINI UNTUK INFO


         ________________________




No comments: