26 October 2014

20 GAMBAR - MAJLIS TUNANG SHARIFAH SAKINAH BAGAIKAN MAJLIS KAHWIN



Gambar-gambar majlis pertunangan Sharifah Sakinah, 25, dengan pasangannya Aliff Adha Jamil, 26, yang berlangsung semalam di kediaman keluarga Sakinah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Pihak lelaki telah menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek. Sementara Sakinah pula telah membalas dengan tujuh dulang hantaran berupa jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Adat menyarung cincin telah sempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.

Klik gambar untuk size besar




Apa yang menarik, rakan baik Sharifah iaitu Marsha, Nad Zainal, Siti Saleha dan Jihan Muse telah menjadi pengiring pertunangan tersebut.

Selepas bertunang, mereka berdua akan melangsungkan pernikahan pada 28 Mac 2015.

"Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan ini dilalui dengan sempurna.

"Walaupun tempoh perkenalan kami hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama. Saya kenal dia pun ketika menjadi jurulatihnya. Tidak sangka kami akan mengakhiri perhubungan ini sebagai suami isteri tidak lama lagi," ujar Sakinah dipetik sebagai berkata.

Tahniah diucapkan!










































Photo kredit: amirnaufalphotography



         ________________________




No comments: