23 October 2014

6 GAMBAR : ISU TUNANG & KEKASIH - JEP SEPAHTU TAK BERAHSIA LAGI



Entah kenapa, pelawak sememangnya selalu berjaya mencuri hati ramai wanita meskipun mereka tidak sekacak mana. Dalam hal ini, Jep Sepahtu turut tidak ketinggalan dilanda pelbagai gosip hangat dengan segelintir wanita yang didakwa sebagai kekasihnya.

Mungkin sudah penat, tambah-tambah melayan dakwaan yang dia telah mengikat tali pertunangan awal Januari lalu dengan wanita sekampung di Kluang, Johor... akhirnya membuat Jep mengakui dia kini 'amat rapat' dengan seorang pelakon.

Lebih menarik, dia juga tidak lokek untuk berkongsi fotonya bersama wanita tersebut yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di IG miliknya.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Jep, dia mengakui Nazeera merupakan orang yang paling rapat dengannya buat masa ini. Bagaimanapun, dia enggan mengiyakan status perhubungannya sama ada sekadar kawan atau kekasih.

Malah baru-baru ini juga, Jep sempat menyambut hari lahir Nazeera bersama-sama keluarga pelakon itu di Hotel Majestic.

"Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah wanita yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini.



"Dan tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sedikit pembayang daripada Jep, katanya dia telah mengenali Nazeera sejak enam tahun lalu. Awalnya hubungan mereka terputus dua tahun lepas.

"Tiba-tiba pula kami berkawan balik pada awal tahun ini. Kenapa dia? Perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu.



"Yang penting kami sudah pun mengenali keluarga masing-masing. Tetapi jangan pula ingat saya memuat naik foto-foto berkenaan kerana ingin melenyapkan gosip saya sudah bertunang.

"Bukan. Saya nak buktikan yang saya bukan gay...hahaha," tambahnya yang masih sempat buat lawak.









         ________________________




No comments: