22 October 2014

MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 - TIADA PESERTA INDONESIA YANG LAYAK



Sudahkah anda bersiap sedia untuk disajikan dengan pelawak yang sama bagi merebut wang tunai RM500,000 dalam Program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang akan bermula pada 14 November?

Ini kerana, gelanggang MLM 2014 kali ini seolah gelanggang 2013 apabila Shiro, Bocey, Nabil, SYJ dan Sepahtu yang menambah seorang lagi anggota iaitu Ilya (Senario) bakal berentap sesama mereka.

Manakala pelawak lain yang turut terlibat tetapi menggunakan nama kumpulan baharu ialah Virus iaitu Tauke, Yus dan Zizan Razak, Comey (Suhaimi Yusof dan Rophie), Jalor (Along Cham, Rahim dan Joey), Sayot (Zam, Filzah dan One) serta Kepoh (Izu, Pian dan Kamal).

Klik gambar untuk size besar




Bagaimanapun, MLM 2014 buat pertama kali tidak menampilkan peserta dari Indonesia kerana didakwa tiada individu yang layak untuk bertanding.

"Mereka (di Indonesia) mempunyai pelbagai bakat komedi. Tetapi pihak kami perlu mencari peserta yang boleh serasi dengan jiwa penonton di negara ini, seperti kumpulan Seywho.

"Dan sepanjang uji bakat berlangsung, pihak kami mendapati peserta yang datang kurang sesuai. Bagaimanapun MLM 2014 ada menampilkan seorang peserta Singapura iaitu Suhaimi Yusof," kata Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani pada majlis pengumuman peserta MLM 2014 di Hotel Le Meridian, semalam.

Pada majlis pengumuman itu, sebanyak 16 peserta iaitu Ekzis, Mamu, Sakan, Samurai, Cak, Spark, Qtaro, Token, Chilok, Badboy, Zero, Glory, Shake, Gap2, Jbond dan Wala akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah empat peserta yang akan bertanding di MLM 2014.

Untuk info, MLM 2014 masih menggunakan khidmat empat juri tetap iaitu dua dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura. Sementara pengacaranya pula, Datuk AC Mizal masih dikekalkan.



         ________________________




No comments: