21 October 2014

HUBUNGAN DENGAN BAIM WONG - ELFIRA TAK TOLAK JODOH, MAHU KAHWIN TERUS



'How sweet' apabila Elfira Loy dijemput oleh Baim Wong menghadiri perkahwinan pelakon seberang, Raffi Ahmad dengan Nagita Slavina yang diadakan di Jakarta, Indonesia.

Iyalah... rasanya gosip cinta yang mengaitkan mereka kini agak sepi. Maklumlah tiada projek lakonan yang membabitkan mereka berdua.

Namun kehadiran Elfira di Jakarta dengan busana rekaan Rizman Ruzaini berwarna krim akhirnya menghangatkan kembali gosip cinta mereka. Apa yang lucu, ada yang mengatakan gaya Elfira saling itu tak tumpah seperti dia pula yang nak berkahwin.

Klik gambar untuk size besar




"Dia (Baim) ada menghubungi saya untuk menemaninya di majlis kahwin ini. Cuma saya secara peribadi tidak mengenali Raffi mahupun isterinya.

"Pada awalnya saya sendiri tak diberitahu majlis kahwin siapa yang bakal kami hadiri. Saya tak ada masalah menemaninya.



"Pada hari saya tiba di Jakarta barulah tahu majlis kahwin siapa sebenarnya. Sebelum ke Jakarta saya menjalani penggambaran di Manchester, England untuk drama 26 episod berjudul Setulus Janji bagi siaran RTM.

"Tapi, saya balik dulu ke Malaysia. Saya ke Jakarta ditemani ibu dan adik perempuan dan kebetulan mereka belum pernah ke sana," ujar Elfira dipetik sebagai berkata.



Menjawab persoalan mengenai gosip hubungan cintanya dengan Baim, Elfira menjelaskan sejak dulu lagi mereka rapat sebagai teman tapi mesra.

"Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya memang tak gemar bercinta. Kalau boleh nak terus langsungkan majlis kahwin. Sebab itu dengan Baim walaupun sudah empat tahun kenal, kami hanya berkawan saja.

"Soal kahwin itu semua berbalik kepada perihal jodoh. Jika diizinkan Allah dengan sesiapa termasuk Baim pun, saya terima dengan hati terbuka," tambah Elfira tanpa berselindung.













         ________________________




No comments: