05 October 2014

9 GAMBAR : HAJAT HARI LAHIR - IFA RAZIAH TERINGIN HAMIL LAGI



Gambar menarik Ifa Raziah bersama anak-anaknya iaitu Muhammad Syakir Aqili Mohd Yani, 9, dan seorang anak angkatnya Sharifah Putri Umairah, 15, ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 39 baru-baru ini.

"Alhamdulilah, Tuhan panjangkan usia saya dan harapnya selepas ini saya diberi kesihatan yang baik berpanjangan serta dimurahkan rezeki. Jika diizinkan dan dimurahkan rezeki oleh Tuhan, saya sebenarnya mahu hamil lagi. Memang impian saya mahu timang seorang cahaya mata lagi sebelum melebihi usia 40 tahun.

Klik gambar untuk size besar




"Saya amat sukakan bayi dan kanak-kanak dan sekarang rasa rindu pula nak ada bayi kecil di rumah. Yelah, anak-anak saya dah besar dan masing-masing sudah pandai buat hal sendiri. Malah mereka sendiri selalu bertanya bila mereka boleh dapat adik lagi," ujar Ifa yang berkahwin dengan Mohd Yani dipetik sebagai berkata.

Menurut pelakon itu, dia sebenarnya sudah lama menanti untuk hamil lagi. Oleh itu, dia memang berharap dan hanya berusaha secara semula jadi sahaja. Baginya semuanya rezeki daripada Allah SWT.

Ifa disamping suaminya


















         ________________________




No comments: