05 October 2014

BERLAKON SELEPAS BERHIJRAH - LUAHAN HATI ADAM CORRIE



Berikut adalah luahan hati Adam Corrie mengenai keputusannya untuk berlakon semula bersama Syamsul Yusof. Luahannya itu berikutan ada cakap-cakap yang mendakwa orang yang sudah berhijrah tidak perlu melibatkan diri lagi dalam lakonan.

Dan sebagaimana yang kita tahu mengenai Adam dan Syamsul... kedua-dua pelakon ini telahpun berhijrah. Persoalannya, benarkah orang yang sudah berhijrah tidak boleh berlakon?

"Kisah semalam.. Dah lama tak berlakon sekali dengan pelakon dan pengarah hebat kita Syamsul Yusof. Kini dapat berlakon bersama lagi.

"Ramai orang kata : "kalau sudah berhijrah tak perlu melibatkan diri lagi dalam bidang seni. Dan seru adam tinggalkan terus.





"Tetapi lain pula pandangan Mufti Wilayah Persekutuan Dr zulkifli, Ustaz Muhammad bin Abdullah, Dato Jamil Khir serta guru-guru agama saya berpendapat;

"Jangan tinggalkan bidang seni yang saya ceburi, kerana itu adalah kepakaran saya. Kalau saya tinggalkan bidang seni... siapa yang nak dakwah mereka dalam bidang seni melalui akhlak baik dan ilmu yang saya ada.

"Cuma perlu jaga batasan dan syariat yang telah ditetapkan dalam Islam oleh Allah. Buat apa yang disuruhNya dan tinggalkan laranganNya. InsyaAllah semuanya ok.

"Setiap orang berperanaan dalam bidang masing-masing untuk pembangunan ummah Islamiyah."







         ________________________




No comments: