01 October 2014

BANTU DANA IJN - PENGALAMAN AYAH BUAT ANUAR ZAIN BERSEMANGAT



Bayangkan bagaimana nasib keluarga pesakit jantung yang terpaksa datang dari jauh untuk merawat anak mereka, tetapi tiada wang untuk menaiki bas, makan dan menyewa rumah penginapan.

Menyedari hakikat tersebut, Anuar Zain tanpa berlengah bersetuju untuk membantu mengutip dana dalam majlis makan malam di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada 5 Disember depan.

Klik gambar untuk size besar




Malah menurut Anuar, pengalaman yang dilalui ketika pembedahan jantung yang dilakukan oleh bapanya Zain Abdullah, 76, di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira 10 tahun lalu menjadi salah satu punca dia setuju untuk membantu.

Kata penyanyi itu, sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika berada dalam situasi getir apabila sentiasa berhadapan dengan sebarang kemungkinan antara hidup dan mati. Oleh yang demikian, sebagai insan yang prihatin, dia bersetuju untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.



"Saya rasa dekat dengan IJN kerana bapa saya pernah melakukan pembedahan di sini 10 tahun lalu, ketika itu perasaan susah hati dan memang sukar untuk digambarkan apabila kita sentiasa reda apa juga kemungkinan yang akan terjadi selepas pembedahan itu.

"Alhamdulillah, bapa saya selamat melakukan pembedahan tersebut dan sehingga kini dia masih mendapatkan rawatan susulan di IJN, saya juga selalu datang sini untuk menghantar bapa saya mendapatkan rawatan susulan." ujarnya ketika majlis sidang akhbar di Auditorium, Institut Jantung Negara, semalam.



Untuk makluman, Majlis makan malam tersebut bertujuan mengutip dana bagi mewujudkan sebuah kumpulan sokongan Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital IJN.

"Saya harap dengan majlis makan malam ini sedikit sebanyak ada pihak yang akan tampil beri sumbangan dan membantu IJN dalam mengutip dana yang mereka perlukan.

"Saya juga berharap agar rakan-rakan artis lain yang mempunyai waktu terluang agar datang ke IJN untuk melawat pesakit-pesakit ini. Sekurang-kurangnya kita dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka," tambahnya.

Difahamkan, Anuar akan menyanyikan lebih 12 buah lagu sepanjang satu jam persembahan pada majlis amal itu.

Tiket untuk majlis makan malam ini boleh dibeli melalui TicketCharge di talian 03 92228811 atau melayari www.ticketcharge.com.my

Manakala pembelian meja korporat boleh dibuat terus melalui talian 03 26178430/8317/8465 (Aziee Jais).


GAMBAR-GAMBAR MAJLIS
Foto: Azuar Ren P























         ________________________




No comments: