01 October 2014

ISU ALIFF AZIZ CURI 2 TELEFON BIMBIT - PENCURI SEBENAR AKHIRNYA DITANGKAP



Meskipun nasi sudah menjadi bubur... namun bagi Aliff Aziz, 22, dia tetap menafikan yang dia pernah mencuri dua buah telefon bimbit sebagaimana yang didakwa. Katanya, pihak sebenar yang bertanggungjawab mencuri barangan itu telahpun ditahan oleh polis.

Bagaimanapun, mengenai ditahan pihak berkuasa Singapura bagi membantu siasatan mengenai kes itu, dia mengakui hakikat tersebut.

"Saya mengaku ditahan oleh pihak berkuasa ekoran kes kecurian telefon bimbit seperti mana didakwa tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu.





"Saya berada pada waktu dan tempat yang salah ketika kejadian itu dan saya telah memberikan kerjasama kepada polis untuk mereka menjalankan siasatan sepanjang kes itu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sebagai makluman, Aliff dilaporkan oleh akhbar Berita Harian Singapura telah dikenakan denda sebanyak $2,000 dolar Singapura (RM5,138) pada Jumaat lalu atas kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit. Dia juga boleh dipenjarakan selama 20 hari sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tambah laporan itu, Aliff melakukan kesalahan itu pada Mei lalu apabila dia dan seorang lagi rakannya dikatakan mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.

Keratan akhbar Singapura - klik untuk imej besar


Aliff dilaporkan telah didakwa pada 16 Ogos lalu atas kesalahan tersebut.

Terdahulu, akibat kejadian itu pasport perjalanan antarabangsa Aliff telah dirampas pihak berkuasa Singapura sejak tiga bulan lalu namun ia akan dikembalikan dalam masa seminggu lagi.

"Akibat kes tersebut saya terpaksa dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan dan memberi keterangan di mahkamah namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.

"Saya bayar SGD2,000 adalah untuk selesaikan kes ini supaya memudahkan saya membuat urusan kerja saya di Malaysia.

"Undang-undang di sini, sama ada saya mencuri atau pun tidak, saya tetap dikenakan denda kerana disyaki subahat. Namun hakikatnya, saya tidak mencuri.

"Teman saya itu sudah pun menerima pembalasan setimpal kerana dimasukkan ke penjara dan dijatuhkan hukuman... manakala pasport saya bakal dipulangkan dalam masa seminggu lagi," tambahnya yang mengakui kejadian itu adalah punca dia menghilangkan diri selama beberapa bulan.

"Bukan saya ingin salahkan kawan-kawan dengan apa yang terjadi tetapi sudah tiba masanya saya menjauhi mereka yang mampu memberi impak negatif kepada saya.

"Kejadian tersebut banyak mengajar saya supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan," katanya yang serik bergaul dengan rakan-rakan yang bersikap negatif.



         ________________________




No comments: