03 October 2014

GOSIP - GAMBAR ZUL ARIFFIN BERSOSIAL?



Dunia hiburan bertambah hangat hari ini apabila sekeping gambar Zul Ariffin memeluk seorang gadis dari belakang tersebar. Lebih hangat, gambar tersebut didakwa dirakamkan ketika Zul sedang bersosial. Eh... benar ke?

Untuk info, gambar tersebut telah disebarkan oleh sebuah forum Dan laman OhBulan di mana Zul dengan wanita misteri ini dikatakan diambil ketika pelakon lelaki berkenaan berada di Langkawi untuk satu sesi penggambaran.

Klik gambar untuk size besar




Lapor mereka, jika sekali pandang susuk tubuh wanita yang dipeluk tu tak nampak seperti tubuh kekasih Zul iaitu Gayatri. Jadi... siapa agaknya ya?

Bagaimanapun, ada juga yang meneka kemungkinan gambar itu adalah gambar lama. Ia disebarkan bertujuan untuk memburukkan Zul yang kini popular dengan drama bersiri Rindu Awak 200%.

Sebagai peminat, tepuk dada tanya selera. Heh!







         ________________________




No comments: