03 October 2014

5 GAMBAR - DUA KALI LAFAZ, ALIFF OMAR SELAMAT BERGELAR SUAMI



Meskipun dua kali lafaz, namun anak tunggal kepada Allahyarham Sharifah Aini, Aliff Omar Ali kini sah menjadi suami kepada Sharifah Nur Athirah Syed Azmi pada kira-kira jam 11.10 pagi tadi

Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Shah Alam, Selangor dan ia dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Namun apa yang istimewanya, nenek Aliff iaitu ibu Allahyarham Sharifah Aini turut hadir bersama.

Klik gambar untuk size besar




Mereka dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan, Datuk Syed Azmi Tan Sri Syed Othman dengan mas kahwin RM300 dan hantaran belanja RM11,000.

Pihak Aliff menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh. Hanya anggota keluarga kedua-dua pihak sahaja yang terdekat hadir termasuk ayah Aliff, Ali Bakar.



Aliff sebelum ini telah bertunang dengan Sharifah yang merupakan seorang doktor gigi dalam satu majlis serba sederhana.

Difahamkan, Majlis resepsi mereka berdua akan diadakan pada hari Sabtu di Pusat Konvesyen Shah Alam, Selangor.

Alhamdulillah dan selamat pengantin baru kami ucapkan!









         ________________________




No comments: