03 October 2014

SHARIFAH SHAKINAH SAH TUNANG 25 OKTOBER, KAHWIN MAC 2015

  
UPDATE:

Jika baru-baru ini tersebar gosip yang Sharifah Sakinah sedang hangat bercinta dengan kekasih baru iaitu Aliff Adha seorang pilot, terkini dia dilaporkan bakal bertunang pada 25 Oktober dan akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Mac 2015.

"Majlis pertunangan akan diadakan sebelah petang di Melawati, Insya-Allah kami merancang untuk bernikah pada Mac tahun depan.

"Saya sudah bersedia ke arah itu. Alhamdulillah, saya pun sudah stabil daripada segi kewangan dan emosi.





"Dia pun bekerjaya. Keluarga pun memberi restu hubungan kami untuk hidup bersama," ujar Sakinah dipetik sebagai berkata.

Menurut Sakinah, dia menyifatkan Aliff seorang lelaki yang cukup ringkas dan sudah bersedia untuk berkahwin setelah hampir beberapa kali percintaannya kecundang di tengah jalan.




Untuk info, hubungan cintanya sebelum ini adalah bersama anak seorang penerbit filem serta drama.

"Dia tak banyak hal, jenis tak kecoh. Pendek kata dia selamba. Malahan tak ambil tahu langsung fasal industri seni," jawab Sakinah.

Tahniah diucapkan!



         ________________________




No comments: