03 October 2014

ANAK ALLAHYARHAM SHARIFAH AINI, ALIFF OMAR NIKAH HARI INI



Akhirnya hari yang dinanti tiba jua. 3 Oktober merupakan hari pernikahan anak tunggal lelaki Sharifah Aini, Aliff Omar. Dia dan pasangannya Sharifah Nur Athirah Syed Azmi akan disatukan sebagai suami isteri di Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini (23 Ogos lalu), Aliff telahpun bertunang dengan Sharifah yang merupakan seorang doktor gigi.





Untuk info, selepas nikah... Majlis resepsi akan diadakan pada hari Sabtu di Pusat Konvesyen Shah Alam, Selangor. Apa yang menarik, Aliff sebelum ini berada di Madinah dan akan berada di Malaysia selama sebulan untuk urusan majlis perkahwinannya.

Tahniah diucapkan dan selamat pengantin baru.





         ________________________




No comments: