02 October 2014

DAHLAN ZAINUDIN BAKAL BERGELAR DATUK



Dahlan Zainudin, 73, yang telah hampir 40 tahun bergelar anak seni akhirnya menerima pengiktirafan apabila dianugerah gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Dahlan menerima anugerah tersebut di Balai Rong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, hari ini.





Pada tahun 1969, Dahlan telah memulakan kariernya dalam bidang nyanyian. Beliau kemudian menyertai pertandingan Bintang RTM pada 1975 dan muncul juara serta menang kategori Persembahan Terbaik.

Tahniah diucapkan!



         ________________________




No comments: