02 October 2014

SUAMI GAGAL BAYAR NAFKAH - A. AIDA FAILKAN SAMAN



Bekas suaminya kepada A. Aida, Suffian Sulaiman, 46, yang bertugas sebagai Deputi Superintendan, Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur, didakwa gagal melunaskan bayaran nafkah anak selepas dia dan A. Aida bercerai setahun yang lalu.

Sehubungan itu, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, yang diwakili peguamnya, Zulkifli Che Yong telah mengambil keputusan untuk menfailkan saman penghutang penghakiman terhadap bekas suaminya itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 176 Akta Tatacara Mal 1984.





16 Oktober merupakan tarikh sebutan kes dan ia akan diadakan di Mahkamah Rendah Syariah 2, Kuala Lumpur.

Dakwa Aida, bekas suaminya itu tidak membayar nafkah anak berjumlah RM300 sebulan, selain yuran sekolah sebanyak RM1,000 sebulan di mana jumlah tersebut tertunggak sejak Mei 2013 sehingga Oktober 2014.



Disebabkan tidak mahu bekas suaminya itu lari dari tanggungjawabnya, Aida membuat keputusan untuk menuntut jumlah nafkah tersebut buat anak lelaki tunggalnya yang berusia enam tahun.

"Bagi Aida dia mampu. Itu adalah hak anak saya dan demi kepentingan dia," ujar Aida dipetik sebagai berkata.



Menurut Aida, dia dan bekas suaminya tidak berhubung sejak dia dan Suffian bercerai talak satu pada 2 Mei 2013. Sebaliknya sebarang urusan berkaitan anak dibuat lelaki itu dengan menghubungi pembantu rumahnya meskipun Suffian ada melawat anaknya, Muhammad Rahul yang bersekolah di sebuah sekolah swasta dua atau tiga bulan sekali.

Untuk rekod, Aida dan Suffian mendirikan rumahtangga mereka pada 20 April 2007.



         ________________________




No comments: