02 October 2014

ISU HUTANG - SHILA AMZAH NAFI MASA SUSAH MINTA MAKANAN ORANG



Baru-baru ini, ada pihak yang membangkitkan isu hutang berbelas ribu termasuk cerita mengenai zaman susah Shila Amzah dan bapanya. Dakwa mereka, jika dulu Shila sering bertandang ke rumah Den Wahab dan makan di sana, kenapa kini Shila tidak ingat kisah tersebut bila senang.

Mengenai soal iu, Shila yang menulis melalui Twitternya mengakui pernah jatuh dalam perniagaan dan susah tetapi tidaklah sampai mahu meminta makan di rumah orang. Ia jelas bermaksud, susah senang mereka yang tanggung sendiri tanpa mengharapkan ihsan pihak lain.

"Kami pernah susah, bisnes jatuh tetapi tidaklah sampai meminta untuk makan di rumah orang. Kami enam orang boleh kongsi sebungkus nasi tanpa berhutang dengan awak,” jelas Shila.





Selain itu, Shila turut menafikan dakwaan yang beliau bersikap biadap apabila mencampuri urusan orang tua. Menuryt Shila, pihak yang lebih biadap adalah yang menimbulkan isu terbabit kononnya mereka ada hutang sejak tahun 2000.

"Biarlah dia nak komen apapun. Dia bukan tahu pun hutang bapa dia. Yang penting Allah Maha Mengetahui," balas Den Wahab tentang status Twitter itu kepada media Melayu.

Klik gambar untuk baca


Tambahnya, dia sebenarnya tidak hairan dengan hutang RM15,000 itu dan akan mendermakan semuanya jika ianya dilangsaikan oleh ND Lala selepas ini.

"Dia masih kecil lagi masa itu, manalah dia tahu hutang bapa dia. Biarlah dia nak kata apa, kalau dia (ND Lala) tak berhutang takkan saya gila pula nak kata dia berhutang secara tiba-tiba. Kalau dia bayar pun saya akan sedekahkan pada anak yatim dan rumah tahfiz saja. Satu sen pun saya takkan ambil,” ujar Den Wahab pemnuh makna tersurat.







         ________________________




No comments: