02 October 2014

MUNGKIN JADI PRAMUGARA - ARIL AF7 'BERHENTI' DARIPADA ERA FM



Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Khairil Azam Pilus atau Aril AF7 akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada stesen radio Era FM. Alasan Aril berhenti dari Era, dia mahu menumpukan perhatiannya kepada bidang pengacaraan dan nyanyian.

Perkembangan tersebut telah diumumkan sendiri oleh Aril menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

"Saya tidak ke mana-mana. Cuma, selepas ini saya mahu kembali fokus kepada bidang pengacaraan dan nyanyian. Tambahan pula, album saya akan berada di pasaran pada bulan ini.





"Kontrak saya bersama Era FM tamat pada 30 September 2014 dan saya mengambil keputusan untuk tidak menyambungnya selepas dua tahun bersama mereka. Banyak yang saya belajar sepanjang menjadi penyampai radio," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, sebelum ini Aril sudah beberapa kali menolak spekulasi yang dia akan disingkirkan dari radio terbabit.

Terdahulu, Aril menyatakan yang dia masih menimbang keputusan sama ada mahu mengikut isterinya yang bertugas di Arab Saudi sebagai pramugara di syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines.

"Itu saya tidak boleh komen banyak. Dalam fikiran ada juga memikirkan hal itu," tambahnya.







         ________________________




No comments: