10 October 2014

SEKALI LAFAZ - FARHAN AF4 KINI BERGELAR ISTERI



Farhan AF4 atau nama penuhnya Farhan Azizan, 30, telah selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, dengan sekali lafaz di Masjid Al Hasanah, Bangi sekitar pukul 10.15 pagi tadi.

Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof berwakilkan bapa Farhan, Azizan Mohd. Khir.





Di majlis tersebut, Ahmad Rashadan turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM300 manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Pihak lelaki menyerahkan hantaran berupa sebentuk cincin, mas kahwin, set penjagaan wajah, wangian, telekung, senaskah Al Quran dan jam tangan.



Manakala pihak perempuan pula membalas sembilan dulang berupa sebentuk cincin, sirih junjung, kelengkapan solat, seutas jam tangan, bunga rampai, manisan, buah-buahan, sejadah dan coklat.

Farhan dan pasangannya melahirkan rasa syukur kerana mereka telah selamat disatukan.



"Selepas lapan tahun kami menyulam cinta dengan pelbagai dugaan akhirnya kami selamat bersatu sebagai suami isteri.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hari ini merupakan hari paling bahagia," Ujar Farhan dipetik sebagai berkata.



Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya, yang bakal dihadiri kira-kira 700 tetamu.

Manakala, majlis resepsi bagi sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kuantan sekitar November depan.



Farhan dan Ahmad Rashadan sedang merancang untuk memilih Kepulauan Maldives sebagai destinasi berbulan madu.

Untuk rekod, pasangan ini telah bertunang pada Februari 2012 selepas lapan tahun menyulam cinta.

Tahniah diucapkan buat Farhan dan pasangannya Ahmad Rashadan. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke Jannah. Amin...




         ________________________




No comments: