Masa yang dinanti akhirnya tiba jua... Erin Malek yang awalnya merancang untuk bernikah pada 10 Januari 2015 dan menukar tarikh nikahnya itu kepada semalam (10 Oktober) kini sah bergelar isteri.
Juara Fear Factor musim kedua itu, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Farriz Fauzy, 30, tepat jam 9.13 malam.
Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof. Manakala walinya pula ialah bapa Erin sendiri, Abdul Malek Mari.
Klik gambar untuk size besar
Majlis meriah tersebut berlangsung di kediaman ibu Erin di Ampang, Selangor dengan mas kahwin RM10,000 beserta wang hantaran sebanyak RM30,000.
Untuk info, suasana semakin ceria apabila rakan-rakan artis Erin turut menjadi gadis dulang hantaran. Antaranya Nelydia Senrose, Ainul Aishah dan Faralyna.
Erin telah memilih Los Angelas, Amerika Syarikat sebagai lokasi bulan madu.
Tahniah diucapkan dan selamat melayari bahtera perkahwinan buat Erin dan suami.
MALAM BERINAI
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment